YKAT Salur Sumbangan Tunai Rm15,000 Kepada 15 Artis Tanah Air Sempena Deepavali 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam (28/10/2026), Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) meneruskan komitmennya dalam memelihara kebajikan penggiat seni negara menerusi penganjuran Majlis Sumbangan Sempena Perayaan Deepavali 2026 yang berlangsung di WP Hotel, Kuala Lumpur.

Menerusi program tersebut, YKAT menyalurkan sumbangan tunai berjumlah RM15,000 kepada 15 orang artis tanah air, dengan setiap penerima menerima RM1,000. Para penerima terdiri daripada lapan artis berbangsa India, lima artis Melayu dan dua artis Cina yang mewakili bidang seni termasuk nyanyian, lakonan dan muzik.
Mereka adalah : Encik Vallakrishnan A/L Moonusamy (Pemuzik Band Isai Arasan), Puan Krishanaveni A/P M. Ratnam (Penyanyi Bagi Band Manmatha), Siew Fook Choy, (Penyanyi), Encik Jasmir Bin Margani (Keyboardist Kumpulan The Zurah), Encik Ismail Bin Hitam Pemuzik Guitarist), Encik Alavian A/L Ramasamy (Penyanyi: Band Kalaimani), Encik Gusion Lal A/L Sukh Chain (Pelakon), Encik Mohamad Sharip Bin Ya’acob (Man Drummer : Kumpulan May), Encik Maheswaran A/L Manikam (Pelakon Dan Penyanyi), Encik Arumainathan A/L Muniandy (Penyanyi: Band Lock Up), Encik Tang Lee Choon (Penyanyi), Encik Bala Subramaniam A/L Muniandy (Penyanyi : Band Malarvani), Encik Ragunathan A/L Ramanathan. (Penyanyi Band Sri Ranjani), Puan Norazian Binti Salehan, (Khaty Azian : Pelakon) dan Encik Md Nasir Bin Yusof (Abu : Guitarist Kumpulan May).

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi YKAT, YBhg. Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Datuk DJ Dave, bersama Ahli-ahli Pemegang Amanah YKAT, Dr. S. Kanagarajan.

Penganjuran majlis ini adalah kepada mereka yang telah mencapai umur 60 tahun. Sumbangan yang disampaikan juga diharap dapat membantu meringankan beban kewangan para penerima serta membawa sedikit keceriaan kepada mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga.

YKAT mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia. Semoga perayaan cahaya ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran kepada semua.

Terima kasih kepada semua artis dan media yang hadir.

Salmiyah Abd Latih (SAL)
Manager
Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT)
019-9883172 / 03-22763327